Sabda Rasulullah s. a. w yg bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melaksanakan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yg ia suka (mengikut pilihannya). ”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Empat syarat tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Melaksanakan solat lima waktu.
Solat ialah pemisahan antara keimanan dan kekufuran yg haq dan yg bathil.Allah s. w. t berfirman yg bermaksud : ”Maka dirikankanlah solat itu (sebagaimana biasa) sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yg ditentukan waktunya atas orang-orang yg beriman ” (Surah An-Nissa’ ayat 103)
Diriwayatkan dari Jabir r. a. katanya, Rasulullah s. a. w. bersabda maksudnya : “Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yg mandi di sebatang sungai yg dalam yg mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali 1 hari. ” (Hadis Riwayat Muslim)
Kedua : Puasa di bulan Ramadhan.
Dari Abu Hurairah r. a. bersabda Rasulullah s. a. w. maksudnya : : “Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yg seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s. w. t. (maksudnya) : ” Kecuali puasa yg dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yg membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yg puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yg berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi. ” (Hadis Riwayat Muslim)
Ketiga : Menjaga rumahnya.
Wanita solehah yg menjaga maruahnya adalah wanita yg sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan bebrapa sifat terpuji yg boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s. w. t. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. Dia adalah wanita yg berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdo’a kepada Allah hingga menitiskan air mata.
Sabda Rasulullah s. a. w. yg bermaksud : ”Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yg solehah. ” (Hadis Riwayat Muslim)
Keempat : Mentaati perintah suami.
Rasulullah s. a. w. bersabda yg maksudnya : “Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan bila diperintah dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah. ” (Riwayat Thabrani)
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Wanita yg layak untuk memiliki peluang dan jalan yg mudah ini adalah khusus untuk wanita yg berkahwin kerana dengan perkahwinan ini barulah teruji kesetiaannya menjadi isteri dan ibu yg solehah. Barulah segala kelebihan dan pahala yg berlipat ganda akan diperolehi semasa berkhidmat sebagai isteri dan ibu yg penuh bertanggungjawab.
Kekurangan untuk wanita yg tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu Syurga lebih banyak dimulai dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli Syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s. a. w di atas.
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yg keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yg tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.
Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yg berkahwin akan mempunyai pahala yg besar seperti berikut :
1. Bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di waktu mengandung.
2. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.
3. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.
4. Wanita yg berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada Neraka.
5. Bagi wanita yg mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.
6. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yg tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s. a. w di Syurga kelak.
7. Bahkan wanita yg rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala.
8. Lebih hebat lagi bagi wanita yg mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua sebagian kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yangyg menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yg rugi. Sekiranya seorang wanita belum bertemu jodoh ia tidaklah termasuk dikalangan yg rugi kerana soal jodoh adalah urusan Allah s. w. t.
Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yangyg sekufu. Yg dimaksudkan sekufu yg utama ialah dari segisisi iman, taqwa, berilmu walaupun lelaki tersebut telah berkahwin dan bukan seorang hartawan.
Sabda Rasulullah s. a. w. maksudnya : “Apabila datang kepada kamu lelaki yg beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin? ” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali). ” Maksudnya disini bukan menjadi satu masaalah bagiuntuk lelaki yg telah berkahwin untuk melamar dan mengawini seorang wanita. (berpoligami)
Begitulah besarnya pahala bagi wanita yg berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti biasanya wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala.
Baca Juga:Cara Megubah Prilaku Kasar Suami.
Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk Syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yg menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yg berada di bawah naungan suami.
0 comments:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.